|
|
| Sunday, 20-Apr-2008 22:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Aqiqah dan Doa Selamat
|
 |
|
Majlis bacaan Yasin...
|
|
 |
|
Kaum ibu yang turut serta baca Yasin...
|
|
 |
|
Ust. Adiee ngan Ust.Khairul....khusyuk baca yasin...aaamin.
|
|
 |
|
Baik baik Tok...jangan lama sangat..nanti teleng kepala..
|
|
 |
|
Ahli kerabat....Royal Mail..memang nampak gaya mcam ahli kerabat
|
|
 |
|
Ust.Zul ngan tuan rumah....moga diberkati besama ahli baru..amin
|
|
 |
|
Antara yang datang meraikan majlis...
|
|
 |
|
Terima kasih Ust.Zul atas sedikit jamuan rohani...
|
|
 |
|
Haa...majlis kemuncak...bagi org lama rasa dulu...
|
| | View all 18 photos... |
|
Alhamdulillah...
hari ni selamat lagi satu majlis. Kali ni special sikit. Selalu makan-makan ja. Tapi kali ni kami warga Malasia di Bristol buat majlis yang lebih bermakna, yang jarang-jarang sekali di adakan (akan di banyakkan lagi).
Aturcara majlis:
- Solat hajat (di imamkan olh Ust.Zul)
- Bacaan Yasin dan tahlil + doa selamat
- Tazkirah ringkas oleh Ust.Zul
- Acara kemuncak....apa lagi...nasi hujan panas + kari kambing mama Eyja.
Power gak la kari kambing mama, bau kambing melekat la sampai balik rumah..tengok semua pakat pulun, lupa darah tinggi jap. Tok penghulu tambah dua tiga kali, mamu pun apa kurangnya....
Lepas makan dah kenyang, tengok periuk banyak lagi isi. Apa lagi, acara yang paling kemuncak dan ditunggu-tunggu .....majlis tapau menapau. Den pon sompet jugak la, dua tiga bungkus...lepaih sehari lagi makan....bau kambing lagi la nampaknya...
Last skali, ucapan tahniah dan ribuan terima kasih la kepada tuan rumah majlis ni...sdr Zuli (buat aqiqah anak kembar dia), Adiee, Khairul (doa selamat), Yaakup(sori kalau salah eja nama....doa selamat baby baru), Ust.Zul(ahli baru) dan kepada semua yang menyumbang kepada majlis yang memang enak ni.....
Jumpa lagi di lain siaran.....wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Mar-2008 22:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan makan angin siri 4: Victoria Park, Bath
|
 |
|
keta kuda...tak ada kuda..
|
|
 |
|
mainan macam ni memang banyak..macam2
|
|
 |
|
Main kapal korek..masa kecik dulu main yang plastik kecik ja.
|
|
 |
|
Yang ni best gak..
|
|
 |
|
fuhh..rasa macam gi PLKN pulak...
|
|
 |
|
tinggi tak slide dia...
|
| | View all 25 photos... |
|
Selamat sejahtera,
Bertemu lagi dalam siri jalan-jalan makan angin kami bagi siri ke 4. Kali ni jalan-jalan gi taman permainan ja. Tapi, playground ni agak besar gak la, macam-macam la mainan ada. Lokasi; Bath - tak jauh sangat la dari bristol. lebih kurang 20 minit naik keta.
Taman permainan depa kat sini memang cantik la. Tak da la nampak sampah merata-rata, maybe orang dia sama kot...kesedaran kebersihan tinggi, tak da la nampak sampah main campak ja. Mainan dia kat sini lagipun nampak macam berkualiti sikit...so kalau takat budak-budak nak main...memang takkan rosak, orang tu main pun tak rosak. So, rasanya semua jenis mainan masih berfungsi dengan baik.
Satu lagi yang menariknya...dia siap ada macam menara kawalan/keselamatan. Kat situ setiap masa akan ada orang bertugas tengok semua pengunjung dan ada menyediakan bilik/bantuan kecemasan jika perlu.
Kat sebelah taman permainan ni, ada macam taman rekreasi/keluarga. Ada banyak kolam....ada burung...itik...so sesuaila untuk tempat bekelah. Padang rumputnya cantik, luas...memang banyakla tempat nak lepak/berkelah dan boleh buat macam-macam aktiviti la..
So, akhir sekali..memang berbaloi la bawak keluarga pi kat taman ni....highly recommended.
sekian....jumpa lagi di lain siri.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan jalan Makan angin siri 3: Cotsworld, Gloucester
|
 |
|
sebahagian dari peserta kecik...anak2 kami..hehe
|
|
 |
|
mama Ujie ngan mama Eyja sedang baca agenda..
|
|
 |
|
dok kumpul..tak tau nak pi mana dulu..
|
| | View all 24 photos... |
|
Salam sejahtera,
Bertemu lagi. Siri jalan-jalan makan angin kali ini membawa kami ke Club Village dan Trout Farm di Gloucester. Siri kali ni adalah siri lawatan ad-hock yang tiba-tiba jadi ja. Mulanya hanya sdr Zuli dan sdr Yaakub ja yang nak gi. Lepas tu, sorang sorang nak ikut. So jadilah rombongan Cik Kiah dari kampung Knowle.
Rombongan di ketuai oleh sdr Zuli; peserta: famili Tok Penghulu Mazlan, famili Zul, famili Faez, famili Asri, famili Zahar...tu ja kot..tak brapa ingat sangat. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam dari Bristol. Ni cuma lawatan balik hari ja la, sebab tak jauh sangat.
Sebelah paginya kami ke Trout Farm (kolam ikan Trout). Mulanya ingatkan ladang apa...ya la perjalanan melalui kawasan country side, memang macam nak gi ladang la. Tapi kan, permandangan kiri kanan..fuhhh memang cantik. memang boleh menikmati kehijauan semulajadi....sejauh mata memandang..Sori, sambung balik citer. Sekali bila sampai...tengok-tengok.....kolam ikan ja...hampeh. Tapi memang berbaloi, menikmati permandangan kawasan sekitar, mengekalkan rumah-rumah dan bangunan asal zaman awal british, di mana bangunan/rumah dibuat dari batu...memang klasik.
Dan sampai ke kolam, kami pun masuk la ke kolam ikan tu...memang banyak kolam dan ikan....budak-budak suka la...dapat bagi makan ikan..tengok ikan melompat-lompat rebut makanan. Tapi kan...tauke dia memang bijak. Ternak ikan tu banyak-banyak, lepas tu introduce kolam dia sebagai kawasan pelancongan. Orang datang nak tengok ikan kena bayau nak masuk, lepas tu kena beli makanan ikan kat depa kalau nak kasi makan ikan. lepas tu, ikan dah gemuk, tangkap ikan jual lah pulak kat pengunjung (selain pasaran biasa)...memang kaya dia..pandai betui.
Yang agak bestnya kat kolam tu, kita boleh pancing ikan kat situ dan amik ikan bawak balik rumah. yang tak best nya plak, nak pancing, kena sewa lagi pancing ngan dia. Sebatang rega 2 GBP, lepas tu ikan yang kita tangkap kena bayau pulak. mujurla tak semahal beli kat kedai dia. Balik rumah masak sweet and sour...fuhh boleh tahan gak sedapnya ikan trout tu....macam siakap sikit-sikit.
Sebelah petang plak, kami gi ke Club Village (kalau tak salah eja la...hehe). Tempat ni memang cantik...permandangan dia. Masih mengekalkan rumah konsep awal english....dan dibangunkan menjadi kawasan pelancongan. ada kedai cenderahati, muzium, model train dlm bandar (dia buat mcm mini bandar dlm bangunan...ada banyak train...siap jalan sendiri..tukar siang malam....lepas tu pengunjung bolh kawal train kat stesen...stop dan jalan...canggih gak la), model kampung (ni tak dan nak masuk), taman burung(pun tak masuk)..dan macam-mcam lagi. Kena 2 hari duk kat sini baru best.
Sebelum balik sempat la..kenduri makan kat tikar kanvas kat parking lot...mcm kat mesia la...mat saleh tengok pelik ja...apa depa ni buat...hehe..
sekian....jumpa lagi di lain siri..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Feb-2008 22:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan Jalan Makan angin siri 2: Jambatan Gantung Bristol
|
 |
|
Entrance masuk..kat sini la kena bayau 50 sen
|
|
 |
|
Kat atas jambatan..hujan renyai pun amik gambar gak
|
|
 |
|
Laluan pejalan kaki kat tepi jambatan..
|
| | View all 14 photos... |
|
Salam sejahtera...jumpa lagi.
Untuk siri yang kedua kami akhirnya melawat bandar kami sendiri...Bristol. Lokasi yang terpilih kali ni...Bristol Suspension Bridge (Jambatan Gantung). Memang cantik permandangan dia....dia buat jambatang menghubungkan dua bukit...kat tengah tengah ada sungai. Kalau kat Bristol, ni adalah antara tempat yang kena bayar tol...50p (50 sen la duit depa) sekali lalu.
Kami park keta kat tepi jambatan tu ja...then jalan kaki naik jambatan. Memang cantik menarik permandangan dari atas jambatan. Nampak sungai..jauh kat bawah..gayat gak la untuk sapa sapa yang takut tinggi.
Cross ja jambatan tu terus ke bukit kat sebelah dia yang ada menara pemerhati dan gua batu. Menara tu kalau tak silap di bina lebih 200 tahun dulu sebagai menara pemerhati kapal kapal yang lalu kat sungai di bawah jambatan tu. Kat atas menara tu ada satu bilik dia panggil Camera Obscura. Teknologi yang di bina lebih 200 tahun dulu tu masih boleh digunakan sampai la ni...hebat juga la orang dulu dulu bina teropong. Kat atas bumbung menara tu dia letak cermin yang blh pusing keliling menara. Imej dari cermin tu kemudiannya di pancarkan ke satu bilik gelap kat atas menara tu. Dalam bilik tu dia buat macam kuali besar untuk tayang kan imej yang dipancarkan tadi. Kat dlm bilik tu ada satu batang besi yang disambungkan ke cermin kat atas tadi dan boleh di gerakkan untuk mengelilingi menara. So, boleh nampak lah sekitar menara, dan sepanjang sungai kat bawah tu..siap boleh nampak objek bergerak gerak lagi..Very the simple...tapi canggih..eh statement apa ni...tak tau la..tapi macam tu la...bayangkan orang zaman 200 tahun dulu dah boleh buat macam tu.
Kat menara tu juga depa ada bina satu gua yang agak besar (Giant Cave) yang menyambungkan menara tadi ke bawah bukit..dekat dengan sungai..tak tau la untuk apa plak tu..maybe nak guard sungai tu la kot. Kami tak masuk kat situ sebab budak 3 tahun tak leh masuk..dia tak kasi.
Masa kat menara tu...blh la nampak permandangan jambatang gantung....fuhhh..cantik..masa kat atas menara tu gak..boleh nampak la hampir seluruh bandar Bristol.
Last...berbaloi gak la gi melawat kat jambatan tu...walaupun lepas tu kelam kabut balik keta makan nasi goreng...bawak bekal...lapar tak ingat...maklumlah still winter...jalan naik bukit sikit ja...lapar tak ingat...
Sekian...jumpa lagi siri akan datang.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Feb-2008 22:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan makan angin di Bath, UK
|
 |
|
Victoria Park...memang cantik bangunan dia..
|
|
 |
|
Victoria Park lagi..
|
|
 |
|
Amacam..cantik tak bangunan dia..
|
| | View all 11 photos... |
|
Jalan jalan makan siri pertama membawa kami ke Bath, UK. Ni kira first trip kami la. Walaupun kami duduk kat Bristol, bandar Bath merupakan destinasi pertama kami. Sebabnya, ramai orang kata bandar Bath cantik menarik. So, walaupun belum round Bristol, terus ja gi ke Bath.
Memang tepat apa yang depa dok cakap. Bath memang bandar yang cantik dan bersih, berbanding dengan kebanyakkan tempat di Bristol. Sedap mata memandang la katakan. bangunan tersusun rapi, jalan-jalan pun bersih, tepi jalan pun bersih. Lagipun dia banyak pelihara bangunan lama dan mengekalkan konsep lama pada bangunan baru. Tu apa yang kami nampak la..
Kat Bath jug banyak bangunan yang unik dia punya rekabentuk. Sempat gak la kita orang gi dua tiga bangunan tu...tapi sorry la tak ingat sangat nama bangunannya. Ada bangunan pentadbiran, gereja, muzium, dll.
Antara tempat paling glamour kat situ ialah Roman Bath. Dengar citer nama Bath tu sendiri pun di ambil sempena sejarah Roman Bath. Betoi ke tidak tak tau la. Roman Bath merupakan antara peninggalan pentadbiran Kerajaan Roman di England. Kat situ ada kolam mandi air panas, tempat suci/pemjuaaa, kuil, pejabat pentadbiran, bilik sauna dan macam-macam lagila. Masuk kat situ best gak la. Nampak macam simple ja, tapi dlm bangunan tu dia orang buat macam galeri, pelihara sebahagian daripada peninggalan zaman Roman dulu tu. Yang bestnya, masa masuk tu kat kaunter depa tanya kita nak audio device dlm bahasa apa? kami dr mana? kami pun cakap la dari Malaysia. Sekali......dia ada penerangan dalam bahasa melayu la...terkujat gak. Cuma dia kertas ja la...tak dak la dlm bentuk audio macam bahasa lain. Kurengnya sikit...masuk mahal sikit la...12 GBP/orang..mahal tu. tapi takpa la, sekali dlm seumur hidup...lagipun kalau orang tanya pasal Roman Bath, kita org dah masuk dan boleh la citer sikit sebanyak....selebihnya..tengokla gambar-gambar yang disertakan..
Antara tempat lain yang menarik ialah di sekitar Victori Park. Kat situ ada taman yang cantik, pusat permainan kanak-kanak yang agak besar, bangunan yang cantik, padang golf mini yang boleh kita main, kasi makan burung/itik...best gak la..scene pun cantik...tengok la gambarnya...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Feb-2008 22:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
House Warming...sempena kami masuk rumah baru...
|
 |
|
antara yang datang...
|
|
 |
|
pemandangan ruang tamu terus ke dapur...kecik ja rumah
|
|
 |
|
kaum ibu berkumpul kat dapur
|
| | View all 8 photos... |
|
Akhirnya selepas sebulan lebih dok kat Bristol ni...dan settle sikit sebanyak..kami pun buat la sikit majlis house warming. Jemput jiran-jiran mesia yang dekat, sapa-sapa yang kelapangan hari tu, buat sikit jamuan dan doa selamat...moga-moga kedatangan kami ke Bristol diterima rakan mesia di Bristol, dan diterima 'Nya', dipermudahkan segala urusan.
Menu hari tu:
- Nasik putih - ayam masam manis ala Thai (boneless, goreng tepung), sayur campur ala chinese
- Sup daging utara - meehun dan mee, cili kicap
- macam-macam pencuci mulut sumbangan tetamu yang datang.
Tengok depa pulun gak la...maklumla sup utara, kena cili kicap pedas...berasap gak la masing-masing.
Terima kasih kepada yang sudi datang (apatah lagi bawak pencuci mulut pulak tu)...kepada yang tak datang, ada rezeki kami buat lagi.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Dec-2007 21:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tok Pa ke Bristol
|
 |
|
Antara yang hadir beramah mesra dengan Tok Pa
|
|
 |
|
Sdr Zul mengiringi ketibaan Tok Pa
|
|
 |
|
Antara yang awal sempat bergambar bersama Tok Pa
|
| | View all 18 photos... |
|
Tanggal 31 Dec 07 merupakan antara hari bersejarah bagi warga Malaysia di Bristol. Terutama bagi kami yang baru saja sampai ke Bristol dua hari lepas. Tak disangka Menteri Pengajian Tinggi Dato' Mustapa Mohamed telah sudi singgah di Bristol dan bersua muka dengan warga Malaysia di Bristol.
Sdr Zul dan Eyja telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada majlis. Dengan resepi yang memang wow....Tok Pa dan Datin sempat menjamu selera dan berbual mesra, mendengar khabar warga Bristol...
Ramai jugak lah yang sempat dikumpul....penuh gak rumah sdr Zul. Alhamdulillah, Tok Pa dan Datin begitu mesra dan peramah, tak perlu protokol protokol...memang sempoi la Tok Pa.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Dec-2007 15:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamt datang ke Bristol, UK
|
 |
|
Bristol's Suspension bridge
|
|
|
|
Salam sejahtera dan selamat datang ke fotoblog kami. La ni kami kat Bristol, UK. My wife (Ujie) tengah buat Phd kat Uni of Bristol. 3 atau 4 tahun lagi la kot kami duduk kat sini. So, kami pun buat la blog ni, just nak share ngan sanak sedara dan rakan taulan kenagan kami kat Bristol ni; gambar-gambar tempat yang kami lawati bersama komen peribadi kami. Sapa-sapa yang melawat pun boleh komen gak, amat di alu-alukan.
|
|
|
|